Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak akan ada rundingan secara terus kepada mana-mana pihak dalam pelaksanaan pelan pengurusan bencana banjir jangka panjang sehingga tahun 2100.<br /><br />Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pelaksanaan pelan yang membabitkan unjuran perbelanjaan hampir RM297 bilion itu mesti diberi kepada syarikat yang layak serta mampu melaksanakannya.